

Sungguh cantik qada' dan qadar Allah.. mampu menyentakkan jiwa ini.. menyedarkan betapa banyaknya kekurangan dan kelemahan pada diri... hanya air mata mampu meluahkan kesedihan dalam hati, berdoa supaya dipermudahkan jalan dalam menuntut ilmu ini... insyaALLAH apa yang berlaku ini menjadi bara-bara semangat dalam meniti perjuangan menuntut ilmu yang masih panjang lagi ini.......................................
mak, abah, along, angah, abang edi, shela, adik rindukan semua ............................................................................. :( :( :(
salam...
dah lama tak tulis apa² kat blog.. rindu sangat sebenarnya nak menulis.. insyaALLAH entry kali ni, sedikit sebanyak dapat mengurangkan perasaan ketagih tu.. :)
semester baru dah pun membuka tirainya.. alhamdulillah smuanya berjalan dgn baik, masih mampu memberi apa yang sepatutnya diberi.. :) kawan² pun baik, dan dapat prof yang baik² juga...
kalau dulu seorang diri, kali ini berempat pula.. ada teman² serumah yang ambil kos serupa.. rasa cukup bahagia.. terima kasih.. :)
kalau dulu ada zul, amin dan syazwan, kali ini diganti pula dengan naz, umar dan mat... macam² ragam.. tapi takpelah, meriah sikit rasa... ditambah pula dengan naim dan geng² preparation di tours ni... terasa juga kadang², kenapa IUT ni ada ramai org malaysia?? huhu... takpe lah.... :)
hari raya dah pun berlalu... semuanya berlalu dengan pantas, namun kemeriahan masih terasa.. famili tetap jauh di sisi utk kali ini.. tapi tak pelah, inilah pengorbanan yg dipilih utk kejayaan kelak.. insyaALLAH :)
kak ngah baru sahaja bernikah.. dah punya keluarga sendiri.. tahniah diucapkan.. hanya doa mampu adik kirimkan demi kebahagiaan angah.. dapatku abang ipar seorang polis... org sungai petani pulak tu...huhu ye inspector??? :) errr tapi.........along bila pula?? :)

lagi berapa bulan, tiba masa utk membuat stage (praktikal)...tak tahulah nak buat di mana... apa yang pasti, rasa takut tetap ada.. bukan mudah nak dapat tempat stage, dan bukan mudah nak membuat stage... namun, doa sahaja mampu dimohon, supaya dipermudahkan semua.... :)
itu sahaja kali ni....
insyaALLAH ada kelapangan, nak menulis lagi.... ok, wsalam... :)
Assalamualaikum..
Dah sebulan tak update 'adiwarna hidup' ni.. berhabuk² dah.. kalau rumah ditinggalkan sebulan, sure dah berdebu², bersawang² dgn sarang labah².. huhu.. (ok², berhenti merepek) Apa² pun, 'adiwarna hidup' ni memang dekat dgn diri ni.. Kalau d france, sinilah tempat luahan segala perasaan.. huhu..
Ok...
Alhamdulillah.. syukur kpd ALLAH, sebulan d m'sia ini cukup bermakna buat diri sendiri.. Macam² dah ditempuh.. Namun, target utk apa yg HARUS dibuat masih belum 100% dicapai.. masih dalam usaha.. insyaALLAH, harapnya setiap masa dapat diisi dengan benda² yg berkualiti.. \(^_^)/
Kerinduan kpd ahli keluarga yg menebal sewaktu d france dulu dah pun terubat.. Melihat wajah mak dan 3 org kakak sewaktu d KLIA benar² lain rasanya... huhu tak tergambar perasaan!
Inilah gambar mereka yg teristimewa dlm hati... Dari KLIA, terus ke Putrajaya.. Seronok mereka tersenyum lebar.. :)
Rutin d rumah?
Inilah rumahku.. home sweet home.. rumah kampung jer.. tapi rasanya duduk kampung jauh lagi best... Knapa? ohh tak perlu diperkatakan.. takut terkilan org² bandar di luar sana... :D
Warna dinding luar rumah - KUNING & OREN! Terkeluar juga biji mata bila 1st time tiba rumah... Mana taknya, tahun lepas hijau muda, sejuk mata memandang, kali ni terasa panas n bahang pulak! huhu.. Walau macam mana pun, lihat pulak kawasan dalam rumah.......
Redup mata memandang... Yang paling penting, keselesaan dan kebersihan.. Rumah tempat kita tidur, ibadat, berteduh, so kalau tak selesa, apa ceritakan???? huhu... dan rumah yang ada anjing dan patung, malaikat tak masuk... so jaga² sikit.. (^^,)
Setiap pagi, penyapu akan jadi teman setiaku.. Tugas menyapu rumah menjadi kerjaya sambilan.. Sambil menyapu, dengar radio kuat², boleh jadikan batang penyapu macam microfon! opsss terlebih sudah! :D
Kemudian, menolong mak di dapur.. huhu.. (tak ubah mcm tugas anak dara pulak..) Tapi apa boleh buat, kakak semua takde di rumah, kesian pulak tengok mak sorang² di dapur, berhempas pulas sediakan makanan.. Takkan kita nak jadi bos besar, duduk je di ruang tamu, cukup time makan, makan je! ish ish.. tak SOLEH langsung! (huhu gurau je ye)
Sebelah petang pulak, lepas abah balik kerja, pergi belakang rumah, bersihkan kawasan kebun! cewah.. walaupun kecik je kebunnya, tapi macam² ada.. ubi kayu, kacang panjang, sayur bendi, serai, pokok betik, mengkudu, cili merah, limau sambal, pisang.. huhu.. tak menahan sungguh!
Ini pulak gambar kucing yang sedang bersantai d belakang pasu.. Kucing ni tiba² muncul d rumah.. So kalau ada ikan lebih, mak hulur²kan saja.. dan paling best, kucing ni baru melahirkan 5 ekor anak yang comel².. waduh².. :D
Tatkala lapang, keluar bersama sahabat² yg disayangi.. Fuh... memang benar apa org kata, kawan di sekolahlah yang akan kekal menjadi kawan kita seumur hidup.. Dan apabila dah lama tak ketemu, segala kenangan indah akan terimbau semula.. Yang paling bahagia, melihat setiap seorang dah pun punya target masa hadapan... Ada yang buat medic ke Ireland, Republic Czech, Indonesia, ada yang insyaALLAH bakal ke UK.. Semoga setiap seorang berjaya dalam bidang masing².. ameen... Tak kisah local mahupun oversea, jagalah iman dan amal kita sebaik mungkin.. =)

Itu sahaja... alhamdulillah.. wassalam...
Selama hampir stahun, duduk bersama, nak ucapkan terima kasih tersangat² pada tourangeux... Memberikan satu himpunan kenangan yg cukup manis utk disematkan dalam ingatan...
Maaf dipinta andai kata sebelum ini, terlebih gurau-senda, terkasar bahasa, dan tersilap tutur kata... Halalkan makan dan minum, sekiranya ada yg terjamah ke dalam mulut tanpa izin terlebih dahulu... dan sekiranya ada hutang-piutang yang mungkin tak desedari, silalah tuntut secepat mungkin.. Tidak mahu jadi satu tangguhan tatkala di akhirat kelak...
Doa disisipkan dalam tutur kata... Mohon kepada Ilahi, agar sentiasa mempermudahkan urusan kalian, dalam menempuh dunia baru tatkala naik cuti summer september ini.... Moga kalian berjaya dengan cemerlang, dalam pelajaran masing²... ameen....
Namun, andai kata di tempat orang kelak, tiba² kalian rindukan pada kampung halaman, silalah pergi ke gare SNCF secepat mungkin untuk beli tiket ke Tours ini... Kemudian, ketuk²lah pintu bernombor 411, tingkat 1 di batiment D ini.... insyaALLAH, pintu akan dibuka... jangan takut... Saya mesra tetamu...
Itu sahaja kali ini..... Tidak mahu berceloteh panjang... Lagi beberapa jam, diri ini akan berterbangan di langit biru selama 12 jam tanpa henti menuju ke tanah air.. dahsyat sungguh.... Doakan, mudah-mudahan selamat pergi dan selamat pulang... Réciproque buat kalian juga....
Tatkala kalian juga dah menjejakkan kaki ke tanah air, kontek²lah saya, datang² lah bertandang di Melaka Bandaraya Bersejarah... Akan saya bawa kalian naik ke kota A'Famosa, menikmati keindahan panorama melaka yg menakjubkan sambil² menghayati nilai sejarah, betapa lembiknya kita dahulu andai kata tak bersepadu...
Nak kontek bagaimana kalau tak beri no telefon?? Agak keterlaluan kalau saya berikan no telefon saya di blog ini... Tak pernah dibuat orang lagi pun... So minta² lah pada ahli² serumah la maison du bonheur. Mereka tahu no telefon saya di Malaysia dan alamat rumah juga...
Akhir kata, kepada semua, jagalah diri sebaik mungkin... dan yg paling penting, jagalah iman... Kpd adik, semoga terus cekal dan bersemangat dalam menempuh kelas selama sebulan sahaja lagi ini.. InsyaALLAH abang sentiasa doakan adik, semoga terus berjaya di dunia dan akhirat.... ameen....
Sekian.... Salam rindu dan sayang buat semua... Wassalam....

RaFizZi RosLi
4:01 pagi. 22 jun 2009
"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
1) Nyatakan rasa kasihmu terhadap saudaramu :
2) Mintalah saudaramu mendoakanmu sebelum berpisah :
3) Laksanakanlah tanggungjawab persaudaraan dengan sempurna :
Video ini merakamkan kenangan hampir setahun buat org² yg saya sgt sayangi, ambil berat dan cukup bermakna buat diri sy sendiri.. Mereka mengajar sy erti kesabaran dan mengukuhkan lagi erti 'ukhwah fillah'... Maaf dipinta kpd mereka atas segala kekurangan diri dari segenap aspek : sbg ayah, sbg jeneral, sbg pendidik dan sbg syeikh... Sesungguhnya, bukan senang utk kita mendidik dan menjadi pendidik... Kerana kita hanya mampu berusaha, membuka ruang dan peluang, namun ALLAH sahajalah pemilik hidayah itu.... KepadaMu ku bersujud ya ALLAH...
"12 jemaah mati ketika imam baca al-Fatihah pada rakaat kedua solat isyak"
Satu peristiwa yg sangat menyedihkan... Berlaku di selatan Thailand... Hanya beberapa minit, ramai jemaah tumbang.. Tembakan yg menghala ke arah kepala.... Menyebabkan darah berpecikan di dalam rumah ALLAH sendiri.. Sangat menyedihkan... Apalah nasib saudara semuslim kita... T_T

Seterusnya, berita peninggalan arwah Dr. Fathi Yakan baru² ini, yang merupakan seorang pemimpin Barisan Hadapan Islam.. Beliaulah yg mengarang buku "Apakah Erti Saya Menganut Agama Islam" yg menjadi salah satu bahan rujukan penting dalam usrah... Kita kehilangan seorang mujahid agung.. T_T Moga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh beliau..
Sahabat semua,
Acap kali, kita terlupa, kitalah hamba sepenuhnya kepadaNya... Namun, tindak-tanduk kita tidak seperti itu...
maka tiadalah yang tinggal padanya
kecuali orang² yg hina dan buruk
yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari yg mungkar
-Riwayat Ahmad
Kita tidak tahu, bilakah kita akan disapa oleh ajal... Bilakah Izrael, akan menjemput kita ke alam barzah... Andai katalah, kita tahu lagi sejam kita akan mati, pastinya kita akan cepat² bertaubat, kumpul sebanyak mungkin amalan... Tetapi, sayangnya, ajal dan maut itu adalah kehendak ALLAH... Bukan kehendak kita...
Hari ini, kita masih disibukkan dengan perkara² remeh.. Cinta? Apakah erti cinta yg sebenar? Tatkala kita putus cinta, kita benar² tertekan... Mengapa perlu diharapkan kpd cinta manusia? Sedangkan manusia itu sendiri masih mencari² cinta yg haqiqi... Yang menyedihkan, tatkala kita sendiri menyalahkan nasib.. Kita muram dan sugul pada perkara² putus cinta... Sedangkan di sekeliling kita, berlaku perkara² yg jauh lebih penting dan besar impaknya...
Kita sanggup mengalirkan air mata, kononnya, jiwa kita kosong. Apakah pengisian bagi jiwa yg kosong itu? Takpun kita cari jawapannya...
Sedangkan :
Jikalaulah kita tahu, betapa bergugurannya dosa² kita tatkala kita menangis kerana takutnya kepada ALLAH, pastinya setiap hari kita sanggup berpura², memaksa diri menangis di atas tikar sembahyang...
Satu persoalan buat diri sendiri dan semua :
Sejak bulan lepas? Tahun lepas? Simpan jawapan itu seorang diri... Kerana kita boleh ukur sendiri, sejauh mana kekerasan hati kita... Tepuk dada, tanya hati..
Dalam surah an-Nasr, dah dimaklumkan..
Bukankah kemenangan Islam itu pasti?? Sama ada kita mahu jadi penggerak, atau sekadar pemerhati, terletaklah di tangan kita.. Kerana kita manusia, punya pilihan.. Tapi jikalau akal yg dikurniakan itu gagal utk buat pilihan yg sepatutnya, alangkah ruginya, sia-sia sahaja...
Kepada org yg faham benar penulisan saya ini, khas untuk dirinya, hayatilah video ini...
Sesungguhnya, ingatlah:
Jikalau kita mengejar dunia semata-mata, dunia sahajalah yg kita dapat. Tetapi, jikalau kita targetkan kehidupan bahagia di akhirat, insyaALLAH bukan sahaja akhirat kita dapat, malahan dunia sekali akan datang dengan hinanya kepada kita.
Sahabat semua,
Sesungguhnya, ALLAH tidak tengok pada hasil, sebaliknya ALLAH melihat pada USAHA kita.. Dan ketahuilah, semakin besar ujian, semakin besar ganjaran..
Astagfirullahal'azim... astagfirullahal'azim... astagfirullahal'azim... Sama² kita muhasabah diri. Saya tinggalkan para sahabat semua, dengan satu lagu, "Muhasabah Cinta" yg menjadi kegemaran saudara Helmi dari Rennes, mungkin dia tak pernah membaca blog saya ini, tapi tak mengapalah... =) Yang penting, liriknya, benar² menyentuh hati dan sampai ke dalam jiwa² yang kosong.. wallahualam... Sekian, wsalam....
RaFiZzI RosLi
~~acap kali kita terlupa, kita hamba-Nya sepenuhnya...

